I Follow U

LIKE LIKE LIKE

21 June 2006

Laju dan Garang - Apungan Tokyo

pada malam semalam, saya bersama teman saya memergikan diri menonton wayang di mines. saya berasa sungguh menyeronokkan kerana dapat menonton cerita yang paling saya menggemari. cerita itu bertajuk Fast and Furious - Tokyo Drift atau dalam bahasa kemelayuannya seperti tajuk di atas. setelah memparkingkan kereta, kami berjalan dengan agak laju untuk menyampaikan diri ke kaunter tiket. saya telah membooking seat yang agak baik sudutnya. saya berasa sungguh teruja untuk menonton cerita ini kerana saya minat cerita yang tak banyak cakap tapi penuh memberahikan.

kami duduk di seat bernombor...err itu pun mahu menceritakan juga ke?tak kisahla janji kami duduk di seat yang paling membelakang. sebelum cerita dimulakan, saya telah menghabiskan popcorn dengan kelahapan yang amat dahsyat. saya membayangkan seekor beruang yang sedang memakan madu setelah 14 hari tidak memakannya.saya tidak mahu ditinggalkan cerita itu oleh kerana asyik dengan popcorn sebab itu saya menghabiskannya sebelum cerita memulakan.

hero cerita ini, sean nama mak dia bagi. dia seorang budak sekolah yang selalu suka membuatkan masalah kepada emaknya dan polis angkasa gaban. sudah 2 kali mereka terpaksa mempindahkan diri mereka sebab sean suka buat kesalahan jalanraya iaitu perlumbaan kereta. akhirnya sean terpaksa diterbangkan ke jepun menduduki rumah ayahnya di sana. sean kena pergi sekolah kat sana. sebelum masuk kelas sean kena pakai 'uwabaki'. agak mengkelakarkan ini sekolah. ha ha ha

di jepun inilah sean telah menjumpai satu teknik membawa kereta yang dinamakan teknik apungan atau dalam bahasa orang putih, drift. sean seorang yang tak kenal musuh. dia suka meredahkan diri di tempat2 orang jahat dan telah mengajak DK (Donkey King aka Drift King) untuk melumbakan diri. akhirnya sean tewas sebab dia takada kepandaian mendriftkan kereta.

akhirnya sean melibatkan diri dalam acara2 salahlaku di sana.ini olang memang tak boleh pakai punya maa..di mana ada masalah di situ ada sean..tapi sean berjaya membelajari teknik apungan dan apakah yang akan terjadi pada perlumbaan peringkat kalah mati nanti?haiyaa saya beli tiket sangat memahalkan, kenapa saya perlu menceritakan semuanya.tengoklah wayang sendiri. wayang siapa kalau bukan wayang mereka.

sebenarnya, saya paling teruja apabila pelakon yang menggemari saya muncul. nama dia vin diesel. tetapi dia muncul lepas tu tiba2 skrin terpadam. saya tak sabar untuk melihatkan beliau berlumba nanti. tapi saya tak tahu bila beliau akan berlumbaan. sekian karangan saya. kepada pemeriksa, saya amat berharap karangan saya dipenuhi dengan banyak markah. saya takut ayah saya akan merotani saya kalau saya mendapati markah yang menakutkannya.tolonglah!

1 comment:

Anonymous said...

saya baru tengok cerita ni semalam.. best jugak ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...